Monday, April 21, 2014

PUYUH PENELUR DAN PUYUH PEDAGING


Di sini saya ingin memberi sedikit penerangan tentang burung puyuh telur dan puyuh daging. Sebenarnya puyuh penelur dan puyuh pedaging ini adalah dari baka yang sama. tiada beza yang ketara diantara kedua duanya. Sebagai contoh, burung puyuh pedaging juga akan mengeluarkan telur apabila tiba masanya.Tetapi apa yang membezakan kedua dua ini adalah bagi puyuh pedaging, kelazimanya untuk disembelih bermula pada umur 29 hari. tetapi untuk puyuh penelur pula ianya bermula pada umur 33 hari. Ini kerana size nya yang berbeza. 

Setiap burung puyuh hendaklah disembelih pada usia tidak melebihi 40 hari. ini kerana seandainya umur yang berlanjutan ia akan menyebabkan kita mengalami kerugian pada berat setiap ekor puyuh. Lazim nya burung puyuh akan mula bertelur pada usia 40 hari. Seandainya sesekor puyuh itu sudah mula bertelur ianya akan menyebabkan berat badan sekor puyuh itu akan berkurangan dan keenakan daging nya juga berkurangan.

Seekor puyuh akan bertelur selama 1 tahun. Dianggarkan sebanyak 300 ekor puyuh akan menghasilkan sebanyak 250 biji telur dalam 1 hari. Burung puyuh akan mula bertelur sekitar pukul 4.00 petang sehingga 10 malam.

Sekian.